November 16, 2009

Bangun

Bila aku terbaring di dalam lumpur
Aku menjenguk mencari nafas
Di sebalik kehinaan dan kotoran
Aku pernah lemas


Dosa itu satu norma
Pencarian erti kalimat suci
Akan ada suatu masa
Aku bangkit dan aku kembali


Masa yang tidak tidur
Mengejar dan menghambat diri
Moga aku jangan berundur
Dari terus teguh, pantas, ligat berlari




Doakan aku mencapai tahap haji yang mabrur. Amin


November 5, 2009

Huruf M,





Sudah dua paper Law aku merapu, kini yang tinggal lagi tiga. Criminal Law, Equity & Trust dan satu lagi subjek idaman, Alternative Dispute Resolution. Sudah bermacam kes-kes lokal & inggeris aku selitkan di antara zarah-zarah otakku ini. Semuanya bercampur dan bertelingkah antara satu sama lain. Interpretasi AV Dicey dan Aristotle mengenai Rule of Law aku hafal untuk 20 minit sahaja sebelum semuanya terkondensasi.


Alangkah indahnya jika ujian undang-undang dibuat secara open book. Bila practice kelak, buku-bata juga yang dirujuk. Dengan tabiat aku yang mahir belajar di saat-saat terakhir memang agak sukar untuk akal ini menyimpan segala legal principles dan justifications untuk jangka masa yang lama.


Juga dengan masa tiga jam untuk setiap paper, yang kebiasaannya pergi dengan terlalu laju, amat sukar untuk aku kejar. Tangan kananku jadi lemah akibat tidak henti berkerja keras menulis setiap hujah-hujah yang tiada arah tuju. Dibuat pula dengan suasana dewan peperiksaan yang tidak dapat aku bezakan dengan peti sejuk.


Mengeluhmerengus dan membebel. Itu karektor orang bodoh; Sudah tiba masanya untuk aku berubah.


October 31, 2009

3:47 pagi

Satu, dua, tiga. Tutup buku, sorok nota.

Katil aku datang.

Spider,




Watching this short film can make you go
"oh shit!" or "oh.. my.. god" and you would then see
flies literally entering your big 'O' mouth :)

October 27, 2009

Cungap-cungap,

Letih dan penat. Tiga, empat hari yang lepas telah diisi dengan input-input yang pekat, lagi padat. Study group dengan sifu-sifu, study group dengan pasukan berempat; aku jadi longlai. Biasalah, nak sumbat semuanya last minute. Tekan, dan tekan kepala hotak aku yang separa tidur ini dengan nota-nota fotostat dan buku-bata. Hasilnya, aku jadi pandai sedikit. Baru tahu erti alienation, tahu beza sub-division dengan partition. Padahal ini semua fundamental, basic!


Hujan renyai petang tadi buat hati tenang sebentar, kurang stress. Tapi esok pasti panas dan terik, aih. Ada 5 hari lagi sebelum paper pertama, Land Law. Buat masa sekarang, biarlah mimpi menyelubungi diri, Selamat Malam.